nak kongsikan serba sdikit tentang ultrasel!!
inilah lambang ultrasel,yang menyokong pasukan bola sepak selangor..
ULTRASMALAYA!
BAGAIMANA MAHU MENJADI SEORANG ULTRASEL??
Menjadi seorang ultraSel bukanlah sesukar yang disangka. Tiada yuran pendaftaran, tiada borang keahlian yang perlu diisi dan tiada yuran tahunan yang perlu dibayar setiap tahun untuk mengekalkan keahlian. Namun, ada beberapa peraturan di curva ultrasel yang perlu diikuti oleh semua yang berada di curva ultrasel.
1) -Memakai jersi Selangor atau baju yang mempunyai elemen merah kuning. Merah kuning merupakan warna rasmi Selangor, jadi apabila semua yang berada di curva memakai warna yang seragam, ini akan memberikan kesan psikologi kepada pemain yang beraksi di atas padang. Mereka pasti akan lebih bersemangat dan bermain bersungguh-sungguh bagi memberikan kejayaan pada pasukan. Jersi yang tiada kaitan dengan Selangor atau Malaysia ditegah sama sekali di curva.
2) Mafla Selangor. Mafla penting kerana banyak choreo yang diketuai oleh capo menggunakan mafla. Mafla yang tiada kaitan dengan Selangor juga dilarang sama sekali di curva.
3) Berdiri dan menyanyi selama 90 minit. Signifikan berdiri selama 90 minit adalah untuk menghargai perjuangan para pemain yang beraksi di atas padang selama 90 minit. Manakala menyanyi chant-chant adalah untuk memberi semangat kepada para pemain dan juga berfungsi sebagai provokasi mental kepada pasukan lawan.
4) Tidak memaki hamun pasukan sendiri ketika prestasi mereka merudum atau merosot di atas padang.
5) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh dianggap “bodoh” seperti membakar mercun, membaling objek ke padang dan sebagainya.
6) Paling penting, jiwa Selangor di dalam diri anda. Sematkan dalam diri anda Selangor adalah yang terhebat dan terbaik. Sentiasa bersama Selangor tidak kira menang, seri atau kalah.
Tidak susah bukan untuk menjadi seorang ultrasel? Apa tunggu lagi? Jika anda penyokong Selangor Darul Ehsan dan ingin menyaksikan Selangor terus mencipta kejayaan demi kejayaan, inilah salah satu caranya. Datang saja ke Stadium Shah Alam bersama jiwa Selangor ke curva kami di Pintu 15. Untuk update mengenai ultrasel, boleh like page Gate 15 di facebook atau sertai group ultraSel di facebook.
sumber:ultrasel.blogspot.com&ultrasmalaya.net
No comments:
Post a Comment